Pages

25 November 2012

Malaysia 0 Singapore 3

Bangkit Harimau Bangkit! Kekalahan 3-0 bukan lah perkara asing bagi kita rakyat Malaysia. Bagi Skuad Kebangsaan, kekalahan itu suatu kepastian, cuma kemenangan itu sebuah bonus. Ini yang perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh setiap lapisan pengurusan Harimau Malaya.

Kekalahan hari ini bukannya berpunca daripada kelemahan fizikal mahupun kekurangan skil dan pengalaman, tetapi ianya lebih banyak disebabkan oleh kelemahan mental dan taktikal. Kita dikejutkan dengan gol pertama yang berpunca daripada through pass kemas pemain Singapura. Seharusnya pemain Malaysia tidak panik dan meneruskan corak permainan kemas dan berjaga-jaga. Jika corak permainan in diteruskan, Gol kedua dan gol ketiga yang berpunca daripada kegagalan benteng pertahanan dan penjaga gol Malaysia khususnya untuk memberikan fokus dan perhatian tidak mungkin diberikan dengan mudah kepada pasukan lawan.

Sepanjang perlawanan, tekanan yang dirasakan oleh para pemain jelas memberikan kesan. Safee Sali gagal untuk berfungsi dengan baik untuk berusaha mencari kedudukan strategik dan membuat larian-larian silang, sebaliknya sekadar memilih untuk menunggu bola datang kepadanya di tempat beliau berdiri. Beliau juga gagal untuk menghantar bola dengan kemas dan baik. Kegagalan ini ditafsirkan kepada ketiadaan peluang gol yang baik selepas gol pertama.

Sungguhpun begitu, pujian harus diberikan kepada pemain-pemain Harimau Malaya yang lain. Ramai diantara mereka yang mengekalkan disiplin dan mentaliti yang positif dan berusaha untuk memenangi perlawanan ini. Mat Yo sebagai contoh, bijak membaca permainan dalam memaksa Singapura mengikut rentak permainan kita.

Harapan kita dalam melihat perkembangan bola sepak di negara kita sama. Tidak bermakna teguran dan cadangan yang diberikan kepada Harimau Malaya ini adalah suatu bentuk kejian. Ramai yang menyangka, sokong bererti pujian. Alangkah mudahnya dunia jika kita boleh maju hanya dengan puji-pujian.

No comments: